ARTIKEL

Covid-19: Sarawak catat 301 kes baharu, tiga kematian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak mencatatkan 301 kes baharu positif Covid-19 dan tiga kes kematian, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, daerah Kuching terus mencatatkan kes tertinggi dengan 193 kes.

“Daerah-daerah lain yang turut mencatatkan kes iaitu Bau (26), Sarikei (23), Miri (10), Sibu (8), Sri Aman (6),  Samarahan (5), Mukah (5), Saratok (4), Song (3), Kapit (3), Lundu (3), Bintulu (3), Serian (2), Meradong (2), Telang Usan (2), Simunjan (1), Kabong (1) dan Kanowit (1),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengenai kematian baharu, JPBN berkata tiga kes yang dilaporkan adalah melibatkan mangsa masing-masing berusia 50, 76 dan 79 tahun dari Kuching, Sarikei dan Bukit Mabong.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU