ARTIKEL

Covid-19: Thailand benarkan pengambaran filem, tanpa adegan romantis, pertarungan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANGKOK: Kementerian Kebudayaan Thailand mengumumkan penerbit filem dan video dibenarkan meneruskan pengambaran dengan syarat tanpa adegan pertarungan dan romantis, dalam usaha membendung penularan COVID-19, lapor agensi berita Thailand (TNA)

Menurut kementerian, keputusan yang dicapai menerusi mesyuarat dengan beberapa produksi filem pada Jumaat (17 Mei) itu, turut menetapkan kru pengambaran tidak boleh melebihi 50 orang dan tanpa kehadiran penonton.

Wakil setiausaha tetap kementerian Yupha Taveewattanakitborvon berkata semua kru filem perlu menjalani pemeriksaan suhu badan, memakai pelitup muka dan menggunakan aplikasi Thai Chana selain mengamalkan penjarakan sosial.

Selain itu, bilik persalinan dan solek mesti dipisahkan selain perlu mempunyai sistem pengudaraan yang baik serta kru filem yang diimport adalah dilarang.

Pegawai kementerian akan menjalankan pemeriksaan secara rawak dan produksi filem yang gagal mematuhi semua peraturan akan diarah menghentikan pengambaran.– BERNAMA

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha