ARTIKEL

Malcolm (tengah) menerima cenderahati daripada Jaffri dengan disaksikan Setiausaha Tetap MINTRED, Datuk Lester Matthew (empat dari kiri) dan Timothy Ong (kanan).

CREST teroka kerjasama industri semikonduktor di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Collaborative Research in Engineering, Science & Technology (CREST) mengadakan kunjungan rasmi ke Sarawak bagi meneroka kerjasama strategik dalam pembangunan industri semikonduktor, termasuk migrasi rantaian nilai dan pembangunan modal insan, selari dengan agenda semikonduktor nasional Malaysia.

Kunjungan delegasi CREST yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jaffri Ibrahim, disambut oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak, Datuk Dr. Malcolm Mussen Lamoh.

Pertemuan tersebut turut disertai wakil Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mencerminkan keperluan penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri.

Malcolm berkata kunjungan CREST membuka ruang kerjasama yang lebih tersusun bagi mengukuhkan daya tahan rantaian bekalan nasional serta menyokong pembangunan wilayah yang lebih seimbang.

Beliau berkata, Sarawak berpotensi melengkapkan ekosistem semikonduktor negara melalui hala tuju dasar yang jelas, komitmen dengan peningkatan industri dan penekanan kepada kelestarian.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU