KUCHING: Cuaca di Sarawak, yang dipengaruhi oleh Monsun Timur Laut, dijangka pulih menjelang Mac, menurut Pengarah Meteorologi Sarawak, Khairul Najib Ibrahim.
Beliau menyatakan bahawa terdapat tanda-tanda pemulihan cuaca secara beransur-ansur, dengan Sarawak dijangka kembali kepada keadaan cuaca yang lebih stabil.
Memetik sumber TVS, Monsun Timur Laut kini berada di fasa penghujung, sebelum memasuki Monsun Barat Daya yang lebih kering.


