ARTIKEL

fb Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia

Cuaca panas, debu cabaran utama anggota SMART di Sagaing, Myanmar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Cuaca panas mencecah sehingga 41 darjah Celsius serta keadaan berdebu menjadi antara cabaran utama buat Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang ketika ini sedang melaksanakan misi di daerah Sagaing, Myanmar yang dilanda gempa bumi.


Ketua Unit Latihan SMART Penguasa Kanan Bomba II Mohamad Hafiezul Abdul Halim berkata rangkaian komunikasi yang masih belum stabil turut menjadi ujian buat mereka dalam melaksanakan operasi mencari dan menyelamat.


“Seterusnya keadaan bangunan yang ranap teruk, jadi kami juga memerlukan cara yang terbaik untuk kita masuk dan membawa keluar setiap mangsa.


“Bagaimanapun, kami sedang memberikan yang terbaik,” katanya ketika bersiaran langsung dari Myanmar dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, malam tadi.


Menurut Mohamad Hafiezul, selain menerima kerjasama yang sangat baik daripada pihak berkuasa tempatan Myanmar, pasukan SMART juga menerima penghargaan daripada penduduk di kawasan terjejas.


“Dari pagi sehingga ke petang, pangkalan operasi (base of operations) akan menerima pelawat-pelawat daripada penduduk sekitar yang memberikan air minuman serta datang mengucapkan terima kasih.


“Sama juga di tapak kerja, jika kita minta semua memberikan kerjasama, semuanya okey. Di sana juga kadang-kadang mereka datang berikan air minuman dan bertanya jika perlukan bantuan,” katanya. – Bernama

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU