ARTIKEL

Ramalan cuaca F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026, Litar Antarabangsa Sepang, Selangor.

Cuaca tidak menentu cabaran F1 di Sepang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Cuaca tidak menentu dijangka menjadi antara cabaran pada Formula Satu (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor, dari 2 hingga 4 Oktober ini.

Perlumbaan utama dijadualkan berlangsung pada Ahad, 4 Oktober, jam 3 petang, membabitkan 56 pusingan di litar sepanjang 5.543 kilometer.

Sebelum perlumbaan utama, sesi latihan bebas pertama dan kedua berlangsung pada Jumaat, manakala sesi latihan bebas ketiga serta kelayakan diadakan pada Sabtu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) meramalkan keadaan ribut petir dan hujan pada beberapa waktu sepanjang hujung minggu perlumbaan.

F1 Grand Prix Malaysia Petronas 2017, Litar Antarabangsa Sepang, Selangor.

“Berdasarkan ramalan terkini bagi daerah dan bandar Sepang, suhu sepanjang tempoh berkenaan dijangka berada antara 24 hingga 33 darjah Celsius, dengan keadaan cuaca berubah mengikut hari,” katanya dalam hantaran di Facebook, semalam.

Pada Khamis, 1 Oktober, MET Malaysia meramalkan ribut petir di beberapa tempat pada sebelah petang dengan suhu antara 24 hingga 33 darjah Celsius, manakala pada Jumaat, 2 Oktober, keadaan cuaca dijangka lebih baik dengan suhu maksimum 33 darjah Celsius.

Pada Sabtu, 3 Oktober, hujan di beberapa tempat diramalkan berlaku terutama pada sebelah pagi sebelum keadaan kembali lebih baik pada sebelah petang, dengan suhu dijangka antara 25 hingga 33 darjah Celsius.

Sementara itu, ramalan MET Malaysia bagi Ahad, 4 Oktober, menunjukkan tiada hujan pada sebelah pagi dan petang dengan suhu antara 25 hingga 33 darjah Celsius.

Perubahan cuaca berkenaan menjadi faktor yang perlu diberi perhatian oleh pasukan dan pelumba, khususnya memandangkan Sepang terkenal dengan keadaan cuaca tropika yang boleh berubah dengan pantas.

MET Malaysia turut mengingatkan orang ramai yang menuju ke Sepang supaya menyemak keadaan cuaca terkini, merancang perjalanan, serta mendapatkan maklumat melalui saluran rasmi jabatan dan aplikasi myCuaca.

Malah, pihak F1 sendiri menyifatkan Sepang sebagai antara litar yang mencabar termasuk rekaannya serta cuaca yang sukar diramal, menjadikannya berbeza daripada litar lain di dunia.

Grand Prix berkenaan mencatat sejarah tersendiri apabila Malaysia menjadi tuan rumah kepada perlumbaan yang secara rasmi dikenali sebagai F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026, selepas penganjuran dipindahkan dari Bahrain susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Acara itu turut menandakan kepulangan F1 ke Litar Antarabangsa Sepang sejak ia mula dianjurkan di Malaysia pada 1999, sekali gus menjadikan negara ini antara destinasi utama sukan permotoran dunia.

Sejak itu, Sepang menganjurkan perlumbaan ini selama 19 musim berturut-turut sebelum perlumbaan terakhir berlangsung pada 1 Oktober 2017 dengan harga tiket yang dianggap paling mampu milik dalam kalendar F1 ketika itu.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU