ARTIKEL

Kredit: China Media Group (CMG)

Cuba Menyokong Penuh Inisiatif Tadbir Urus Global – Presiden

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: Cuba menyatakan sokongan secara terbuka serta merta selepas Presiden China Xi Jinping memperkenalkan Inisiatif Tadbir Urus Global (GGI) dalam mesyuarat “Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) +” yang diadakan di China baru-baru ini.

Presiden Cuba, Miguel Díaz-Canel Bermúdez menganggap bahawa GGI berperanan penting dalam melengkapkan pelbagai matlamat dan menambah baik inisiatif-inisiatif lain yang bertujuan membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.

 Bermúdez  menyatakan, China komited kepada usaha menyelesaikan masalah di peringkat akar umbi melalui aplikasi sains dan teknologi yang inovatif, mengamalkan wawasan pembangunan yang berpaksikan rakyat yang merangkumi pelbagai aspek termasuk hubungan ekonomi, hubungan sosial, pendidikan, budaya, kerohanian dan sentimen, di samping berpegang pada konsep pembangunan yang berlandaskan kedamaian, kerjasama, persahabatan dan perpaduan.

“Saya berpendapat, dengan pencapaian cemerlang dan kredibiliti yang dibina di arena antarabangsa, GGI yang dicadangkan oleh China lebih mencerminkan keadilan dan keikhlasan, dan boleh dipercayai,” kata  Bermúdez.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual Kumpulan Media China (CMG) sempena menghadiri majlis memperingati ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia di Beijing, pada awal bulan ini.

Menyentuh tentang pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping yang diadakan pada 4 September,  Bermúdez  berkata, “dalam bidang politik, hubungan antara kedua-dua negara kami telah lama berada pada tahap yang sangat tinggi dan baik. Kami berkongsi pengalaman dalam pembinaan negara sosialis masing-masing dengan ikhlas, yang dimajukan mengikut acuan negara masing-masing.”

“Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kami telah mencapai beberapa projek kerjasama mengenai cara mengukuhkan hubungan dua hala, terutamanya dalam bidang ekonomi, sosial dan perdagangan.”

“Sudah pasti, Pelan Pembangunan Ekonomi dan Sosial Cuba 2030 akan dilaksanakan dengan mantap dengan sokongan kukuh daripada rakan kongsi seperti China,” kata beliau.

Untuk rekod, 28 September menandakan ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik China dengan Cuba, negara Amerika Latin pertama yang menjalin hubungan rasmi dengan Republik Rakyat China, dan juga negara pertama di rantau itu yang bersama China membina komuniti berkongsi nasib dua hala. — BERNAMA-CMG

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan