ARTIKEL

Cubaan curi sarang burung walit gagal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tindakan dua lelaki menceroboh masuk rumah burung walit berhampiran Kilometer 25, Jalan Bako membawa padah setelah aksi mereka dikesan pemilik premis menerusi rakaman CCTV pada Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Supt Merbin Lisa berkata, pihaknya menerima aduan berhubung insiden sekitar jam 5.15 pagi sebelum mengerahkan pasukan peronda (MPV) segera ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kedua-dua suspek cuba melarikan diri dengan terjun dari rumah burung tersebut, namun salah seorang daripada suspek berjaya ditangkap manakala seorang lagi suspek melarikan diri.

“Tangkapan awal berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 20-an. Kita menemui barang disyaki curi serta peralatan untuk memecah masuk termasuk kurang 1kg sarang burung walit, sebilah pisau, lampu suluh, pemutar skru, pemotong wayar, besi panjang dan seutas jam tangan di dalam beg yang disandang suspek,” jelasnya dalam satu kenyataan kelmarin.

Suspek telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan susulan mengalami cedera kecil dipercayai akibat terjun dari rumah burung terbabit. Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah curi dan dua kes dadah iaitu positif bahan terlarang.

“Saringan awal mendapati suspek positif dadah Methamphetamine dan dia kini dalam perintah tahanan reman selama lima hari hingga 4 Julai 2020,” katanya. Suspek kedua berusia 30 tahun katanya, berjaya diberkas oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kuching pada pagi Isnin di sebuah rumah tidak bernombor di kawasan Bako.

Turut dirampas, pakaian yang digunakan semasa melakukan pecah masuk dan curi rumah burung walit tersebut. “Suspek akan direman di Mahkamah Majistret Kuching hari ini dan semakan mendapati tertuduh mempunyai tujuh rekod jenayah lampau dan kesemuanya melibatkan jenayah harta benda.

“Saringan awal air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” ujarnya. Jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara lima tahun sehingga boleh dilanjutkan kepada 14 tahun atau denda dan sebat jika sabit kesalahan.

BERITA LAIN

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.