ARTIKEL

Sebuah kapal besi yang sarat dengan tong dipercayai digunakan untuk aktiviti pemindahan petrol secara haram di perairan Laut Langkayan. Foto PPM Wilayah 4 Sabah

Cubaan seludup petrol bernilai RM84 juta gagal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah berjaya menggagalkan cubaan memindahkan satu juta liter petrol tanpa dokumen kebenaran sah dalam operasi di perairan Laut Langkayan, baru-baru ini.

Menurut kenyataan PPM, dua kapal yang masing-masing sebuah kapal besi dan sebuah kapal kumpit dikesan menjalankan aktiviti pemindahan haram sekitar jam 11 malam.

Jelas kenyataan tersebut, sebanyak 100,000 liter petrol dipindahkan ke kapal kumpit manakala baki 900,000 liter masih berada di dalam kapal besi.

Juragan dan kru kedua-dua kapal gagal mengemukakan dokumen sah daripada pihak Kastam dan Jabatan Laut Malaysia.

Empat lelaki warga asing berusia antara 43 hingga 65 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Anggaran nilai keseluruhan rampasan adalah sebanyak RM84.07 juta,” menurut kenyataan itu.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Perkapalan Saudagar 1952.

PPM Wilayah 4 Sabah menyeru orang awam terus menyalurkan maklumat bagi membanteras jenayah maritim yang menyalahi undang-undang.– TVS

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU