ARTIKEL

Cukai jualan: Bukan lada, namun komoditi lain

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak tidak merancang sebarang cukai jualan ke atas pengeluaran lada sebagai sebahagian aliran pendapatan negeri.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ini kerana situasi pasaran lada yang tidak menentu biarpun Sarawak merupakan pengeluar utama komoditi ini.

“Untuk lada, kita tengok dahulu. Kerana ada insentif tertentu yang kita perlu beri kepada orang. “Malah kalau industri masih mentah dan tidak matang, agak susah (untuk melaksanakan cukai jualan lada).

“Jadi kita kaji dahulu dan kita perlu merasionalisasikan semuanya,” katanya ketika ditemui media semasa menghadiri Majlis Gawai Raya anjuran Sacofa di di sini, semalam. Terdahulu Abang Johari berka- ta, Kerajaan Sarawak sedang mengintai komoditi lain yang boleh dikenakan cukai jualan dan dijadikan sebagai sumber pendapatan baharu.

Selain minyak dan gas, Sarawak juga sudah mengenakan cukai jualan ke atas kelapa sawit.

Pelaksanaan cukai jualan ini katanya, tidak terhad kepada satu komoditi, tetapi boleh diper- luaskan kepada produk lain yang dihasilkan termasuk hidrogen.

“Tetapi ia bergantung kepada jumlah pengeluaran dan saya pasti kita boleh mendapatkan beberapa daripadanya.

“Ia sudah ada dalam fikiran saya tetapi belum sesuai untuk saya umumkan sekarang.

“Namun yang pasti, kita mempunyai arah untuk meningkatkan pendapatan,” jelasnya.

BERITA LAIN

Teknologi dan skala perniagaan kunci kenaikan gaji pekerja

KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi dan peningkatan skala perniagaan mampu memperkukuh produktiviti serta keupayaan syarikat untuk mengembalikan hasil pertumbuhan kepada pekerja menerusi kenaikan gaji. Menteri Ekonomi,

BERITA TERBARU