ARTIKEL

Yakub (tengah) menyempurnakan simbolik perasmian Majlis Penangguhan Kejohanan Wushu Taolu Wushu Sanda serta Pertandingan Seni Tarian Naga dan Singa Peringkat Sarawak Tahun 2025, baru-baru ini.

Cungkil bakat baharu wusyu, seni tarian naga dan singa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Kejohanan Wushu Taolu Wushu Sanda serta Pertandingan Seni Tarian Naga dan Singa Peringkat Sarawak menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu dalam bidang tersebut.

ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi berkata, kejohanan ini bukan sahaja untuk mengukur kehebatan teknik dan ketangkasan atlet, malah memupuk semangat setia kawan, disiplin dan hormat-menghormati antara satu sama yang lain.

“Wusyu, seni mempertahankan diri yang penuh nilai murni, mengajar kita tentang keseimbangan antara kekuatan fizikal dengan ketenangan minda.

“Seni tarian naga dan singa bukan sekadar persembahan seni, ia lambang keberanian, kekuatan, kemakmuran dan perpaduan masyarakat

TAHNIAH…Yakub menyampaikan hadiah kepada Kelab Wuze Tarian Singa dan Naga Serian selaku johan bagi kategori terbuka Pertandingan Seni Tarian Naga dan Singa tersebut.

“Semangat dalam wusyu dan seni tarian ini diharapkan terus dipupuk dalam kalangan atlet muda sekali gus menjadikan tradisi tersebut simbol kebersamaan rakyat berbilang kaum di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penangguhan Kejohanan Wushu Taolu Wushu Sanda serta Pertandingan Seni Tarian Naga dan Singa Peringkat Sarawak Tahun 2025, di Dewan Serbaguna CENTEXS Mukah, baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini.

RAKAM KENANGAN…Yakub merakam kenangan bersama-sama yang lain selepas majlis tersebut.

Yakub berharap agar Wushu Taolu Wushu Sanda serta Pertandingan Seni Tarian Naga dan Singa berkembang maju di Sarawak seterusnya melahirkan atlet yang mampu mengharumkan nama negeri dan negara di peringkat antarabangsa.

Kejohanan Tarian Naga dan Singa menyaksikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guong Ming Sibu Team A muncul sebagai juara bagi kategori sekolah menengah, manakala SMK Guong Ming Sibu Team B sebagai naib juara dan diikuti SMK Saint Anthony Sarikei di tempat ketiga.

Bagi kategori terbuka, juara dimenangi oleh Kelab Wuze Tarian Singa dan Naga Serian, tempat kedua ialah Kelab Liong Seng Tarian Singa dan Naga Kuching dan tempat ketiga Persatuan Seni Mempertahankan Diri Cina Kuching Team Merah.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU