ARTIKEL

Gambar Hiasan

Curi coklat, penganggur wanita dipenjara dan didenda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang penganggur wanita dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mencuri 25 keping coklat di sebuah pasar raya terkemuka, Ahad lalu (3 September).

Noraini Norzan, 25, membuat pengakuan itu sebaik sahaja satu pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan, dia mencuri 25 keping coklat jenama Cadbury Dairy Milk dengan harga keseluruhan sebanyak RM210 milik sebuah pasar raya terkemuka di Jalan Sultan Tengah, kira-kira jam 5.40 petang, 3 September lalu.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga sepuluh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara satu minggu sekiranya gagal menjelaskan denda.

Menurut fakta kes, salah seorang pekerja pasar raya berkenaan bersama seorang pengawal keselamatan menahan seorang wanita kerana penggera keselamatan berbunyi ketika tertuduh melalui kawasan itu.

Pengadu kemudian mengarahkan tertuduh masuk semula ke dalam pasar raya untuk diperiksa.

Hasil pemeriksaan mendapati dalam beg tertuduh berisi 25 keping coklat jenama Cadbury dan laporan polis dilakukan untuk tindakan lanjut.

Anggaran kerugian yang dialami sekitar RM210.

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah ditangkap semasa melakukan jenayah curi dalam bangunan iaitu 25 keping coklat yang dijumpai dalam kawalan tertuduh.

 Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

BERITA TERBARU