ARTIKEL

Gambar Hiasan

Curi motosikal dan ceroboh bilik tidur wanita, penganggur dipenjara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang penganggur lelaki dijatuhi hukuman penjara satu tahun dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana mencuri sebuah motosikal dan menceroboh masuk bilik tidur seorang wanita.

Muhammad Norhaizammer Mohammad, 23, mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan dua Majistret berasingan.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa mencuri sebuah motosikal jenis Yamaha milik seorang lelaki berusia 27 tahun di belakang sebuah kedai serbaneka 24 jam, Metrocity, Matang, sekitar jam 2.10 pagi, 6 Februari lalu.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Sekyen 379A kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika disabit bersalah.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menjatuhkan hukuman penjara satu tahun terhadap tertuduh.

Manakala, pertuduhan kedua, Muhammad Norhaizammer didakwa di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh masuk bilik tidur seorang wanita berusia 24 tahun.

Dia melakukan kesalahan itu dalam sebuah rumah di Kampung Sungai Midin, Semariang Semerah Padi, sekitar jam 3.15 petang, 9 Februari lalu.

Majistret Zubaidah Sharkawi menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau penjara dua bulan terhadap Norhaizammer.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh dua Pegawai Pendakwa iaitu Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin dan Inspektor Ammarsoffi Yusoff manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU