ARTIKEL

Curi motosikal, dua rakan masing-masing dijatuhkan hukuman penjara 15 bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua rakan sejenayah masing-masing dijatuhkan hukuman penjara 15 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana mencuri sebuah motosikal.

Erwan Efindi, 29, dan Avy Razi Jawawi, 28, masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi tujuh tahun dan boleh didenda.

Mereka didakwa bersama-sama mencuri sebuah motosikal milik lelaki berusia 56 tahun di tempat parkur kereta hadapan pasar raya terkemuka di batu Kawa, sekitar 3.27 petang, 15 Julai 2024.

Berdasarkan fakta kes, anak pengadu meletakkan motosikal di hadapan pasar raya untuk mengambil pesanan makanan.

Selepas mengambil pesanan, pengadu yang hendak meneruskan perjalanan, dia mendapati motosikal milik bapanya hilang.

Laporan polis dilakukan pengadu untuk tindakan lanjut dan anggaran kerugian yang dialami sekitar RM2,500.

Hasil siasatan mendapati kedua-dua tertuduh melakukan perbuatan itu berdasarkan rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) dan terdapat saksi kejadian.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Arman Ibrahim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU