ARTIKEL

Cuti tambahan Krismas lambang Sarawak harmoni

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Cuti umum tambahan Krismas menjadi gambaran jelas kepada keharmonian kepelbagaian budaya serta agama di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Tan Seri James Jemut Masing berkata, ia juga memberi gambaran kerajaan pemerinta-
han yang adil.

“Ia menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat. Pertimbangan sewajarnya harus dibuat bagi membolehkan Sarawak mengekalkan keharmonian beragama,” katanya, semalam.

Beliau menambah, segala dasar baharu yang diperkenalkan perlu sesuai dengan keperluan rakyat.

Pada 14 Disember lalu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, jika ada ruang untuk cuti tambahan Krismas, beliau akan mempertimbangkannya.

Sebelum ini Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan bahawa 24 Disember merupakan cuti umum tambahan di Sabah.

Sementara itu, Adun Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep berkata, komuniti Kristian juga mengharapkan ada
cuti umum tambahan untuk Krismas di Sarawak.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU