ARTIKEL

Dadah bernilai RM412,351 dirampas di Sibu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Polis merampas dadah disyaki ketamine seberat kira-kira 2.89 kilogram dan 8,400 pil disyaki Erimin 5 bernilai keseluruhan RM412,351 dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Gambir di sini, semalam.

Dalam operasi kira-kira jam 5 petang itu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu turut menahan seorang lelaki dan seorang wanita tempatan, kedua-duanya berusia 21 tahun.

DADAH yang dirampas polis dalam serbuan tersebut.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pemeriksaan di premis berkenaan menemukan 840 papan kerajang timah berwarna merah dan perak, masing-masing mengandungi 10 pil disyaki Erimin 5.

“Jumlah keseluruhan pil yang dirampas ialah 8,400 biji dengan anggaran berat kasar 2,677.46 gram.

“Turut dirampas enam bungkusan kertas berwarna hitam yang mengandungi bungkusan kertas biru, masing-masing berisi ketulan kristal disyaki ketamine dengan anggaran berat kasar 2,891.81 gram,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau kini direman selama lima hari bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya, selain pengawasan selama dua tahun di bawah Seksyen 38B akta sama,” katanya.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), akan terus mempergiatkan usaha membanteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan dadah diminta menyalurkannya kepada JSJN menerusi talian hotline 012-2087222 (JSJN Bukit Aman) atau 017-59292211 (JSJN Sarawak).

BERITA LAIN

Perkhidmatan feri Batang Paloh ditamatkan

DARO: Pembukaan Jambatan Batang Paloh sepanjang 1.7 kilometer hari ini menamatkan perkhidmatan feri di kawasan berkenaan yang telah beroperasi sejak 2009. Ahli Parlimen Igan, Ahmad

Sarawak sasar kemudahan Sukan SEA siap lebih awal

KUCHING: Semua kerja menaik taraf kemudahan bagi penganjuran Sukan SEA 2027 di Sarawak perlu disiapkan selewat-lewatnya Jun tahun depan bagi membolehkan ujian operasi dijalankan sebelum

BERITA TERBARU

Perkhidmatan feri Batang Paloh ditamatkan

DARO: Pembukaan Jambatan Batang Paloh sepanjang 1.7 kilometer hari ini menamatkan perkhidmatan feri di kawasan berkenaan yang telah beroperasi sejak 2009. Ahli Parlimen Igan, Ahmad

Sarawak sasar kemudahan Sukan SEA siap lebih awal

KUCHING: Semua kerja menaik taraf kemudahan bagi penganjuran Sukan SEA 2027 di Sarawak perlu disiapkan selewat-lewatnya Jun tahun depan bagi membolehkan ujian operasi dijalankan sebelum