ARTIKEL

Dadah dibeli atas talian sebelum dijual semula, dua individu dicekup

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua individu yang membeli dadah atas talian dan berhasrat menjualnya semula kepada pembeli di sekitar Batu Kawa terbantut apabila mereka dicekup pihak polis awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah (KPD) Padawan, Supt Aidil Bolhassan berkata, seorang lelaki berusia 26 tahun dan seorang wanita berusia 24 tahun di tahan dalam serbuan ke atas sebuah bilik yang disewa di Batu Kawa.

“Hasil pemeriksaan, kita menemui dua paket plastik kecil lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 5.10 gram.

“Kedua-dua suspek turut mengaku mengambil bahan terlarang itu kali terakhir pada hari ditangkap,” katanya kepada Suara Sarawak sebentar tadi.

Menurut Aidil, saspek lelaki mengaku dadah terbabit dibeli secara “bank-in” (atas talian) dan akan dijual kepada pembeli di sekitar Taman Desa Wira, MJC dan Kampung Sinar Budi.

Malah, katanya, saspek lelaki turut mempunyai rekod lampau di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Ujarnya, kedua-dua sapek kini dibawa ke Balai Polis Siburan dan Beratok untuk tindakan lanjut.

BERITA LAIN

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi

BERITA TERBARU

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi