ARTIKEL

Daerah Beluru kembali kuning

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Daerah Beluru kembali kepada status kuning hari ini setelah merekodkan sejumlah 22 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lalu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, Daerah Kapit, Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri, Sibu dan Kuching kekal berstatus merah dengan sejumlah 1,893 kes jangkitan  tempatan dilaporkan dalam tempoh 14  hari yang lepas.

“Daerah Bau, Lundu, Subis dan Betong juga kekal berstatus jingga dengan 102 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Manakala Daerah Sarikei, Matu, Daro, Sebauh, Lawas, Telang Usan, Bukit  Mabong, Tatau, Pakan, Serian, Belaga, Meradong, Julau, Simunjan, Lubok Antu, Selangau, Samarahan dan Sri Aman kekal berstatus kuning dengan jumlah keseluruhan 151 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah JPBNS, sembilan daerah yang lain masih kekal berstatus hijau.

JPBNS turut memaklumkan sebanyak 12 kluster Covid-19 masih aktif di Sarawak iaitu Kluster Bintang Daily, Meradong, Kluster Jalan Pengiran, Matu, Kluster Tabong, Bau, Kluster Indah Riang, Kuching, Kluster Bedayan, Serian, Kluster Rakut, Miri, Kluster Bukit Sekubong, Sebauh, Kluster Jelita, Miri, Kluster Pasai, Sibu, Kluster Keranji Tabuan, Kuching, Kluster Bah Sayap, Miri dan Kluster Stutong, Kuching.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Perintah Sarawak melanja sekula anak

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg datai bejadi Pengawa Nyua Pemer i Perintah Sarawak ngagai waris staf Servis L utur