PENYANYI dan pelakon popular, Daiyan Trisha meluahkan rasa kesal selepas mendapati masih ada pihak tidak bertanggungjawab mewujudkan akaun palsu di media sosial yang menyamar sebagai dirinya.
Lebih mengejutkan, akaun tersebut turut menyebarkan fi tnah termasuk dakwaan kononnya beliau telah murtad.
Menerusi perkongsian di Threads, Daiyan memohon bantuan orang ramai untuk sama-sama melaporkan akaun berkenaan yang didakwa sengaja mengelirukan pengikutnya dengan memuat naik gambar serta kenyataan palsu atas nama dirinya.
“Bolehkah semua orang tolong laporkan akaun ini? OMG, ini jelas sekali palsu dan saya sangat penat dengannya!
Ia telah digantung berkali-kali tetapi terus muncul,” tulis pelakon drama Project Anchor SPM itu.
Daiyan turut mempersoalkan motif individu di sebalik tindakan tersebut, apatah lagi fi tnah yang disebarkan melibatkan isu sensitif seperti akidah dan identiti diri.
“Saya betul-betul tak faham motifnya, kenapa?! Hentikan karut ini,” tegasnya
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai tampil memaklumkan mereka sudah pun membuat laporan terhadap akaun palsu itu bagi mengelakkan lebih ramai pengguna terpedaya.
Sebelum ini, muncul akaun menggunakan nama @divyanatrisha di Threads yang turut memakai gambar Daiyan tanpa kebenaran serta mendakwa pemilik akaun adalah seorang Muslim yang menganut agama Hindu.



