ARTIKEL

Datuk Lo Khere Chiang.

Dakwaan Chong terhadap SUPP tidak berasas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dakwaan mengaitkan Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP) dengan individu terlibat dalam aktiviti haram disifatkan sebagai tuduhan berasaskan persepsi dan politik insinuasi tanpa bukti kukuh.

ADUN Batu Kitang, Datuk Lo Khere Chiang berkata, hujah yang dibangkitkan oleh ADUN Padungan, Chong Chieng Jen adalah lemah kerana bersandarkan andaian serta pergaulan dan bukannya bukti sahih.

Menurutnya, kehadiran mana-mana individu dalam acara awam, majlis makan malam, program penajaan atau aktiviti komuniti bersama pemimpin politik tidak boleh dijadikan asas untuk mengaitkannya dengan sebarang aktiviti jenayah atau salah laku institusi.

“Parti politik dan wakil rakyat berinteraksi dengan ribuan orang setiap tahun termasuk ahli masyarakat, ahli perniagaan, penaja, NGO dan penganjur program. Kehadiran dalam sesuatu acara bukan bukti kepada sebarang konspirasi jenayah atau penglibatan institusi.

“Jika logik sedemikian diterima, maka hampir semua parti politik di Malaysia boleh dituduh berdasarkan gambar atau kehadiran dalam acara bersama orang awam, ahli perniagaan, penderma atau tokoh masyarakat sepanjang tahun,” katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini hari ini.

Khere Chiang berkata, wakil rakyat menyatakan bahawa orang awam mungkin membuat persepsi negatif namun dewan ini tidak boleh menggubal atau menghukum berdasarkan khabar angin, persepsi atau spekulasi politik.

“Kita mesti berpegang kepada fakta, proses undang-undang yang sah dan kedaulatan undang-undang,” katanya.

Jika benar wujud kebimbangan serius dan kredibel yang telah diketahui pihak berkuasa, maka agensi penguatkuasaan harus menyiasat dan mengambil tindakan berdasarkan bukti serta proses undang-undang, bukan melalui insinuasi politik di Dewan ini.

Katanya, penahanan bukan bermaksud sabitan. Siasatan adalah bidang kuasa pihak berkuasa dan mahkamah untuk menentukan, bukan untuk ahli politik mengeksploitasinya bagi membina naratif politik terhadap SUPP atau Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Beliau berkata, gaya politik pembangkang adalah memusnahkan reputasi terlebih dahulu dan membuktikan fakta kemudian.

Mereka terlalu bergantung kepada persepsi, insinuasi dan kemarahan berbanding bukti dan tanggungjawab.

“Sarawak tidak sepatutnya dibina atas politik kebencian dan pembunuhan karakter. Rakyat mengharapkan kematangan, keadilan, perpaduan dan kepimpinan berasaskan fakta serta proses undang-undang yang sah, bukan perbicaraan melalui pergaulan di kaca televisyen,” ujarnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU