ARTIKEL

TANGKAP layar video tular dipercayai di Jalan Pintas Sentebu–Meruton yang masih ditutup kepada orang awam.

Dakwaan Lumba Haram Di Jalan Pintas Sentebu–Meruton Dalam Perhatian Polis


Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Polis memandang serius paparan video sekumpulan penunggang motosikal dipercayai terlibat dalam kegiatan lumba haram di Jalan Pintas Sentebu–Meruton.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintenden Aswandy Anis berkata, pihaknya sudah mengambil maklum paparan berkenaan dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Katanya, maklumat itu diterima selepas pautan video kegiatan berkenaan tular menerusi media sosial, hari ini.

“Saya difahamkan jalan ini belum lagi dibuka kepada orang awam,” katanya ketika memberi maklum balas kepada media.

Terdahulu, satu video yang dimuat naik di Facebook memaparkan beberapa motosikal serta individu berkumpul di laluan berkenaan.

Paparan itu turut mendakwa lokasi terbabit, yang menghubungkan Sentebu dan Meruton, masih belum dibuka kepada pengguna jalan raya.

“Kita akan mengambil tindakan susulan bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam di laluan ini terjamin,” tegasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU