ARTIKEL

DOUGLAS UGGAH bergambar kenangan bersama-sama tetamu dan pemimpin masyarakat di atas jambatan baharu pada Upacara Penyambungan Bahagian Akhir Jambatan Batang Lupar Dua di sini, hari ini. Foto. OSMAN RAZALI

Dakwaan pembangkang meleset – Uggah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas, menyifatkan dakwaan pembangkang sebelum ini bahawa pengumuman projek mega oleh Premier Sarawak sekadar ‘membuang air liur’ sebagai meleset.

Menurutnya, perkembangan pelaksanaan pelbagai projek infrastruktur berskala besar yang kini semakin menjadi kenyataan membuktikan komitmen Kerajaan Sarawak dalam menunaikan janji kepada rakyat.

Malah katanya, pihak yang sebelum ini memperlekeh usaha kerajaan kini pula ‘terliur’ melihat hasil pembangunan yang berjaya dilaksanakan.

“Dulu pembangkang mendakwa Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg cuma buang air liur. Sekarang mereka pula yang terliur apabila melihat apa-apa yang dibangunkan oleh Kerajaan Sarawak,” katanya.

DOUGLAS UGGAH disambut ADUN Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor sebaik tiba di Jambatan Batang Lupar Dua di sini, hari ini. Foto. OSMAN RAZALI

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Upacara Penyambungan Bahagian Akhir Jambatan Batang Lupar Dua di sini, hari ini.

Mengulas lanjut komitmen kerajaan, beliau menegaskan bagi pelaksanaan projek Jalan Utama Kedua (STR) dan Jalan Pesisir sahaja, Kerajaan Sarawak memperuntukkan kira-kira RM7 bilion.

“Ini merupakan sumbangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kepada rakyat melalui penyediaan infrastruktur yang berkualiti dan mampu meningkatkan kesalinghubungan di seluruh negeri.

“Ia membuktikan Abang Johari serta kerajaan pimpinannya bukan sekadar berjanji, sebaliknya menunaikan setiap komitmen yang dibuat demi kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU