KUNJUNGAN Hormat Pengarah Ikmas, Hanifuddin Roslan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Hikmah Sarawak, Alwi Morshidi di Pejabat Hikmah berlangsung pada 25 Oktober lalu.
Kunjung hormat ini diadakan bagi merangka program kerjasama Ikmas dan Hikmah dalam menyebar luas dakwah di Sarawak terutamanya di kawasan pedalaman.
Turut bersama dalam pertemuan ini, Pengurus Dakwah Hikmah, Ustaz Idris Ahmad dan Ketua Cawangan Pendaftar Ikmas, Ustaz Abang Zainal Abidin Abang Ariffin.
Diharap dengan kerjasama sebegini dapat melahirkan penggerak dakwah dalam kalangan pelajar Ikmas dan Hikmah.






