ARTIKEL

Dalami ilmu, ketokohan Mazhab Imam As Syafi’i

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mendalami ilmu dan ketokohan Mazhab Imam As Syafi’i membolehkan kita menjadi umat yang bersederhana tanpa taasub dan mendapat kefahaman betul.

Mufti Negeri Sarawak Datuk Kipli Yassin berkata, ia merupakan suatu kepentingan untuk memahami dan menghayati bagaimana ketokohan serta pendekatan mazhab yang dipraktikkan untuk beramal dengan ilmu.

“Seminar kali ini adalah untuk membincangkan kebijaksanaan, ketelitian dan kehebatan para ulama dahulu dalam menghasilkan karya-karya fiqh.

“Tidak dapat dinafikan segala pendekatan yang dilakukan oleh para ulama tersebut bertujuan untuk memudahkan proses mendalami ilmu fiqh itu sendiri,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa memberi ucapan alu-aluan sempena Majlis Perasmian Seminar Antarabangsa Imam Syafi’i 1444H/2023M di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Beliau berkata seminar tersebut berfokuskan untuk mengenali ketokohan Imam As-Syafi’i dan pendekatan ya dalam fiqh Mazhab As-Syafi’I dalam bidang ilmu pengetahuan yang bersumberkan al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad.

“Beliau merupakan ikutan atau tauladan yang baik sebagai ulama mulia dalam memperjuangkan mazhab ahlus-Sunnah wal-Jamaah,”tambahnya.

Seminar yang berlangsung selama dua hari bermula 17 Mei itu disertai seramai 1,000 peserta dari pelbagai negara seperti Jordan, Yaman, Brunei, dan Indonesia selain dari Sarawak serta Malaysia sendiri.

Ia merupakan satu inisiatif perkongsian Ilmu dalam usaha Majlis Islam Sarawak khususnya Jabatan Mufti Sarawak untuk menyebarluaskan maklumat berkaitan hukum dan kefatwaan.

BERITA LAIN

Program Sarjana Muda Undang-Undang UM dilancar di Sarawak

KUCHING: Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat dengan Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Swinburne, Sarawak mewujud dan memudahkan

Program vaksinasi haiwan percuma

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak akan menganjurkan program vaksinasi haiwan peliharaan, esok. Program terbabit akan berlangsung dari jam 9 pagi

BERITA TERBARU