ARTIKEL

“Dango Kamek” pilihan pelanggan Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Membangunkan jenama “Dango Kamek” dengan menawarkan hidangan yang cukup menyelerakan, tiga sekawan tampil dengan inisiatif iaitu berniaga dari rumah sejak tahun lalu.

Dalam mendepani cabaran pandemik Covid-19, jenama Dango Kamek ini telah dicetuskan oleh Adzrina Omar 32 yang juga tulang belakang untuk perniagaan berkenaan.

Malah beliau turut dibantu oleh Johnny Man, 43 yang juga suaminya dan rakannya Mohammad Mustaffa Musa, 40.

Sehingga kini Dango Kamek terus mendapat tempat dalam kalangan masyarakat khasnya di sekitar Mukah.

Sepanjang tempahan dibuka, mereka tidak menang tangan menyiapkan lebih 100 tempahan pada satu-satu masa.

Menu yang disediakan juga cukup menyelerakan serta berbaloi dengan harga dan kuantiti yang ditawarkan.

Menurut Mustaffa ketika ditemui berkongsi tercetusnya perniagaan itu, selepas dia dan rakannya tekad menghasilkan air tangan mereka dengan menampilkan keunikan dan keasilan rasanya tersendiri yang memikat cita rasa ramai.

“Ada masanya ketika beli makanan, kita akan rasa tidak puas dan tidak cukup. Sebab itu, kami perkenalkan idea masakan dari rumah ini untuk dikongsikan kepada pelanggan.

“Antara menu yang kita tampilkan ialah Nasi Arab, Nasi Ayam Panggang, Nasi Kerabu, Bak Chang, Pipus Daro, Makanan Laut Panggang dan terbaharu menu Nasi Beriani dan Ayam Pansoh,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak baru-baru ini.

Dari segi keuntungan katanya, sepanjang tempahan modal yang dikeluarkan untuk berniaga mereka memperoleh keuntungan yang positif dari pelanggan.

“Keuntungan memang ada kami peroleh, namun yang penting bagi kami ialah dapat berkongsi rasa dan kualiti makanan dan paling penting juga kami mengamalkan konsep berniaga sambil bersedekah,” ujarnya lagi.

Sementara itu, bagi bahan mentah ikan dan makanan laut lain agak berbeza hasil perolehannya kerana bergantung dengan harga pasaran bahan mentah itu.

“Kadang-kadang ikut harga ikan, ada mahal, ada murah dan keuntungan juga banyak dan sedikit tidak menentu.

“Tambahan dengan kos harga barangan yang kian meningkat naik, kami harap para pelanggan juga memahami dengan keadaan ini,” jelasnya lagi.

Pihaknya juga berharap pelanggan di sekitar Mukah terus memberi sokongan kepada Dango Kamek selain mengalu-alukan cadangan serta pembaharuan daripada orang ramai.

 

Mereka turut berharap peniaga kecil dan sederhana yang berniaga dari rumah mendapat perhatian pihak berwajib serta wakil rakyat yang baru dipilih dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 ini supaya membantu menyediakan tempat selesa untuk peniaga makanan.

 

“Tempat berniaga awam di Mukah perlu dinaik taraf seperti pasar malam dan gerai makan, dengan harapan kami dapat memperluaskan perjalanan bisnes ini,” jelasnya.

Selari dengan perkembangan semasa katanya, Facebook dan WhatsApp menjadi medium utama Dango Kamek untuk berhubung dengan para pelanggan untuk tempahan serta mempromosikan jualan makanan.

Orang ramai yang ingin membuat tempahan di Dango Kamek, dialu-alukan menghubungi 017-5031951 (Mustaffa Musa) dan di 011- 25444550 (Adrzina Omar) atau layari Facebook Mustaffa Dango Kamek.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU