Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

DAP, PKR rebut kerusi Senadin, Kemena dan Piasau?

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Abang Zulkifli Abang Engkeh (tiga kanan) pada sidang media PKR Sarawak di Kuching, hari ini.

KUCHING: Parti Keadilan Sarawak (PKR) sedang berunding dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengenai pembahagian kerusi Senadin, Kemena dan Piasau.

Pemangku Pengerusi PKR Sarawak Abang Zulkifli Abang Engkeh berkata, ini kerana sasaran awal pihaknya adalah bertanding di 49 kerusi pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak berdasarkan senario politik semasa.

“Malah berdasarkan data, ia merupakan kawasan Ahli Parlimen Miri Michael Teo yang merupakan milik PKR.

“Beliau menang besar di kawasan tersebut, sebab itulah kita meminta pertimbangan DAP kerana percaya PKR mempunyai kekuatan di ketiga-tiga kerusi itu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya senarai calon-calon PKR akan dikeluarkan selewat-lewatnya pagi esok menerusi kenyataan media.

“Kita di Sarawak diberi mandat untuk membuat keputusan sendiri, jadi Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan campur tangan pusat dalam menentukan calon-calon,” tambahnya.

Dalam laporan terdahulu, beliau berkata jika persetujuan gagal dicapai menjelang hari penamaan calon, pertembungan dijangka berlaku antara dua parti pembangkang dari Semenanjung itu.

Ia tidak dapat dielakkan kerana difahamkan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen, dikatakan memungkiri keputusan mesyuarat sebelumnya supaya isu pembahagian kerusi antara tiga parti dalam Pakatan Harapan (PH) Sarawak dibawa dalam rundingan Majlis PH Pusat.

Ia susulan tindakan Chieng Jen mengumumkan senarai calon DAP bagi 18 kawasan semalam, dengan empat daripadanya menjadi perhatian PKR iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemena, Senadin, Pujut dan Piasau.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang