ARTIKEL

DAP sudah pecah seribu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Bekas Ketua Penerangan Exco Pemuda PDP Jaya Ramba memuji keputusan Adun Padungan Wong King Wei yang keluar dari DAP.

Menurutnya, keputusan itu tepat pada masanya kerana perjuangan parti berkenaan yang dilihat semakin terpesong daripada matlamat.

Beliau yang juga penganalisis politik berkata, keputusan itu mungkin dibuat kerana Adun Padungan sendiri yang menyedari kedudukan tidak bermakna apa-apa dalam DAP.

“Mana-mana pemimpin DAP di seluruh negara hanya boneka di bawah arahan dan pengaruh pihak yang hilang kuasa di Putrajaya,” katanya kepada Suara Sarawak ketika dihubungi baru-baru ini.

Mengulas lanjut akan tindakan mengejutkan itu, Jaya yakin langkah King Wei akan diikuti pemimpin-pemimpin lain dalam DAP.

“Beliau tahu yang gagasan dan janji DAP di Sarawak telah gagal. Apa-apa pembangunan sedia ada di bandar di seluruh Sarawak hasil kerjasama kerajaan ketika naungan BN dengan GPS.

“Mereka tahu pemimpin GPS sangat cemerlang dalam pembangunan rakyat dan negerinya. Janji mereka kepada rakyat selama ini hanya niat untuk memenangi pilihan raya sahaja,” jelasnya.

Beliau percaya bahawa King Wei menyedari DAP dan PKR Sarawak tidak ada masa depan lagi. “Dua parti ini tiada harapan untuk memerintah Sarawak kerana janji kosong mereka kepada pengundi dan rakyat Sarawak selama ini.

“Selama mereka menjadi Kerajaan Persekutuan, walaupun hanya dua tahun, tiada apa-apa pembangunan dilakukan di Sarawak. Malah kuota menteri yang diberikan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hanya dua orang sahaja,” ujarnya.

Terdahulu, King Wei mengumumkan keputusannya untuk keluar DAP berkuat kuasa pada Ahad lalu. Katanya, tindakannya itu dibuat kerana sudah hilang keyakinan malah kecewa dengan tindakan DAP dalam menunaikan janji kepada rakyat.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan