ARTIKEL

DAP tidak membawa pembangunan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI


TING semasa menyampaikan ceramahnya dan sesi beramah mesra dengan orang yang hadir pada sesi ceramahnya.

SIBU: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengekalkan pilihannya dan tidak menyatakan parti mana yang akan disokong untuk membentuk kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum (PRU-15) ini.

Calon GPS Parlimen Sibu Clarence Ting Ing Horh berkata, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari tidak pernah berkata akan bersama BN (Barisan Nasional).

“Premier Sarawak menyatakan tunggu sehingga 19 November kemudian kita buat keputusan kerana kita belum tahu keputusan pilihan raya dan situasi politik di Semenanjung Malaysia yang juga agak kucar-kacir,” katanya dalam ceramahnya di Tapak Pasar Malam Sibu pada Rabu.

Tambahnya, Abang Johari tidak mencari Umno tetapi Umno yang mencarinya (untuk mendapatkan sokongan GPS) untuk membentuk kerajaan.

Ting berkata demikian merujuk kepada laporan akhbar berbahasa Cina yang mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu GPS bekerjasama dengan BN untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya.

Ting berkata, walaupun Ismail Sabri berkata demikian tidak bermakna GPS telah bersetuju dengannya.

“Ini sama seperti seorang lelaki yang sukakan seorang perempuan. Dia memaklumkan kepada gadis itu bahawa dia sukakannya tetapi gadis itu berkata saya tidak sukakan kamu,” kata Ting sambil menambah Abang Johari tidak pernah menyatakan dia suka bekerjasama dengan BN kerana masanya belum tiba.

Sementara itu, jelasnya, dua lawannya Oscar Ling (DAP) dan Datuk Seri Wong Soon Koh (Parti Sarawak Bersatu) juga setiap hari mengatakan GPS sudah bersama dengan Umno.

“Ini untuk menakut-nakutkan kamu. Premier kita tidak pernah kata dia bersama BN. Mereka, dua lawan saya asyik berkata begitu. Saya rasa setiap hari mereka bertanya mengapa Abang Johari masih tidak mahu menyatakannya.

“Ini kerana kita masih menunggu keputusan, mereka tiada apa-apa untuk diperkatakan kerana mereka (DAP) tidak membawa pembangunan sejak lima tahun lalu,” kata Ting.

Ismail Sabri pada 14 November berkata pada sidang media di Selangau pada majlis pembukaan Lebuh Raya Pan Borneo seksyen Selangau bahawa beliau yakin GPS akan menyokong BN untuk membentuk kerajaan seterusnya.

“Kami yakin dapat membentuk kerajaan baharu dengan sokongan GPS. Kerjasama kami dengan GPS sudah pasti. Walaupun GPS tidak berada dalam gabungan kami, kami mempunyai sejarah panjang untuk memahami antara satu sama lain. Kami memahami aspirasi rakyat Sarawak. memandangkan kami rapat dengan mereka,” katanya.

BERITA LAIN

Pengurus klinik ‘jadi bilionair’ selama sejam

KUCHING: Seorang pengurus klinik, Wan Mohd Fairuz Wan Zainal Abidin, 33, terkejut apabila baki akaun banknya tiba-tiba memaparkan lebih RM1 bilion, sekali gus memberinya pengalaman

Pengurusan kewangan Sarawak dipuji

KUCHING: Penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Hadapan mencerminkan pengurusan kewangan berhemat Sarawak dalam menjamin kestabilan fiskal negeri serta kepentingan generasi akan datang. Ahli Dewan Undangan

BERITA TERBARU

Pengurus klinik ‘jadi bilionair’ selama sejam

KUCHING: Seorang pengurus klinik, Wan Mohd Fairuz Wan Zainal Abidin, 33, terkejut apabila baki akaun banknya tiba-tiba memaparkan lebih RM1 bilion, sekali gus memberinya pengalaman

Pengurusan kewangan Sarawak dipuji

KUCHING: Penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Hadapan mencerminkan pengurusan kewangan berhemat Sarawak dalam menjamin kestabilan fiskal negeri serta kepentingan generasi akan datang. Ahli Dewan Undangan