ARTIKEL

Kredit: Bernama

Daripada fobia ular, kini jadi pengusaha kedai haiwan eksotik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Insiden berdepan dengan ular sawa ketika berusia tujuh tahun menghantui hidup Nur Nina Farisha Woo Abdullah hingga dia dewasa, namun trauma itu juga membawanya ke dunia peniagaan dan penjagaan haiwan eksotik termasuk ular. 

Dinamakan Brotherhood Reptiles, perniagaan yang diusahakan bersama-sama dengan suaminya sejak 2018 di Alam Damai, Cheras di sini, memiliki ratusan haiwan eksotik seperti tarantula, ular sawa batik, ular kapak hidung pipih atau ular kapak Borneo, katak “pacman”, sesumpah dan pelbagai lagi.

Mula dikenali dalam kalangan peminat hidupan jenis itu sejak aktif di platform media sosial ketika Perintah Kawalan Pergerakan, wanita ini yang lebih mesra dipanggil Nina, berkata majoriti haiwan eksotik yang dimilikinya diimport dari beberapa negara, antaranya Amerika Syarikat, Thailand dan Indonesia.

“Dulu saya fobia dengan ular…masa kecil, saya pernah nampak ular sawa berenang dekat dengan saya dalam kolam, jadi ketakutan itu memang terbawa-bawa sampai besar.

Ketakutan itu saya atasi secara berperingkat ketika di kolej. 

“Daripada hanya berani pegang sedikit demi sedikit akhirnya saya mampu mengendalikan pelbagai haiwan eksotik dengan lebih selesa,” katanya ketika ditemui Bernama di kedainya baru-baru ini. 

Keberanian wanita kecil molek berusia 29 tahun ini mengendalikan pelbagai spesies haiwan eksotik, menarik minat netizen yang ingin tahu bagaimana dia “terjebak” dalam pekerjaan yang jarang sekali diceburi oleh kaum Hawa. 

Berkongsi ceritanya, anak kelahiran Johor Bahru dan juga ibu kepada dua cahaya mata itu  berkata semuanya bermula selepas dia gagal mendapatkan pekerjaan sejurus tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan luar pantai (minyak dan gas).

Idea untuk menceburi bidang itu tercetus daripada perbincangan dengan suaminya yang hanya mahu dikenali sebagai Aiman. 

Bermula di rumah pada 2015 sebelum memiliki kedai sendiri pada 2018, Nina mula berkongsi video tentang haiwan eksotik milik mereka di platform media sosial dengan pendekatan santai dan bahasa mudah.

“Tidak sangka video yang dikongsi di media sosial kami menerima sambutan luar jangka, dan ini mendorong saya untuk menghasilkan video secara konsisten tentang spesies reptilia yang tidak diketahui ramai serta teknik penjagaan yang betul,” katanya.

Nina yang belajar sendiri ilmu berkaitan haiwan eksotik selain merujuk individu berpengalaman, turut berharap perkongsiannya itu dapat mengubah pemikiran sebahagian besar masyarakat yang sering menganggap haiwan-haiwan berkenaan sebagai hidupan berbahaya. — Bernama

BERITA LAIN

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Satu panggilan, simpanan lesap

BAYANGKAN satu panggilan telefon yang kedengaran begitu meyakinkan apabila suara di hujung talian memperkenalkan diri sebagai pegawai bank, polis atau agensi kerajaan. Nada percakapannya tegas,

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i