ARTIKEL

RASMI...Awang Tengah menyempurnakan simbolik Majlis Pecah Tanah Projek Anjung Usahawan Daro, hari ini.

Daro Berpotensi Jadi Hab Pertumbuhan Baharu Wilayah Tengah Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Daro berpotensi muncul sebagai hab pertumbuhan baharu di wilayah tengah Sarawak susulan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan dan peningkatan rangkaian infrastruktur di kawasan ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ia dijangka merancakkan aktiviti ekonomi serta membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat setempat.

RAKAM KENANGAN…Awang Tengah merakam kenangan bersama-sama yang lain selepas menandatangani plak perasmian majlis tersebut.

“Kita melihat Daro mempunyai potensi besar untuk terus dibangunkan secara terancang bagi memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati oleh seluruh penduduk.

“Bagi merealisasikan hasrat itu, Daro akan dibangunkan menerusi satu pelan induk pembangunan menyeluruh yang akan menjadi panduan kepada pembangunan kawasan itu pada masa hadapan.

“Pelan induk tersebut akan mengambil kira pandangan masyarakat setempat serta input daripada agensi berkaitan bagi memastikan setiap perancangan pembangunan dilaksanakan secara tersusun, mampan dan selaras dengan kemudahan infrastruktur sedia ada,” katanya ketika berucap menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Anjung Usahawan Daro, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya pelan induk ini penting untuk memastikan pembangunan Daro dilaksanakan secara lebih terancang dan memenuhi keperluan masyarakat serta potensi ekonomi yang terdapat di kawasan ini.

Sehubungan itu, Awang Tengah memberitahu, antara cadangan yang diberikan perhatian dalam pelan pembangunan tersebut ialah pembinaan jalan berkembar di Daro.

Menyentuh mengenai Anjung Usahawan Daro, beliau berharap kemudahan yang disediakan oleh kerajaan negeri itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat setempat.

Jelasnya, kemudahan tersebut mampu menjadi platform kepada usahawan tempatan untuk mengembangkan perniagaan serta meningkatkan daya saing perusahaan kecil dan sederhana.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU