ARTIKEL

Photo kredit: Pemerintah Provinsi Kalimantan Tengah

Darurat diisytihar di Kalimantan Tengah akibat pencemaran udara dan kebakaran hutan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Pihak berkuasa di Kalimantan Tengah, Indonesia mengisytiharkan darurat selama 10 hari mulai Jumaat (6 Okt), berikutan pencemaran udara yang teruk hingga mengurangkan jarak penglihatan akibat kebakaran hutan dan tanah yang berterusan, kata Gabenor H. Sugianto Sabran.

Beliau berkata indeks pencemaran udara mencapai tahap berbahaya pada 3 Okt, dengan jarak penglihatan menurun kepada kurang daripada 1,500 meter pada 2 Okt akibat asap tebal.

“Data yang dikumpul dari 1 Jan hingga 2 Okt menunjukkan sejumlah 38,104 titik panas yang dikesan di rantau ini.

“Ini telah menyebabkan 3,230 kejadian kebakaran hutan dan tanah, manakala usaha memadam kebakaran setakat ini mencecah 9,137 hektar tanah,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi menangani isu ini, pihak berkuasa telah memperuntukkan sebanyak 110 bilion rupiah (kira-kira RM33 juta), untuk mempergiatkan operasi memadam kebakaran dan menyediakan perkhidmatan kesihatan bergerak kepada penduduk yang terjejas. – BERNAMA

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU