ARTIKEL

Uggah bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak di Kuching, hari ini.

Darurat Jerebu Serian Bukan Sekatan Pergerakan Seperti PKP COVID-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengisytiharan darurat jerebu di Bahagian Serian bukan arahan sekatan pergerakan seperti ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19, sebaliknya bertujuan memastikan penduduk di kawasan terjejas kekal berada di rumah bagi melindungi kesihatan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, darurat berkenaan hanya meliputi kawasan terjejas dalam lingkungan kira-kira 20 hingga 30 kilometer dari Serian, berdasarkan kawasan yang dikenal pasti Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Uggah bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak di Kuching, hari ini.

“Darurat ini bukan seperti PKP semasa pandemik COVID-19. Ia bukan perintah berkurung, tetapi bertujuan meminta orang ramai supaya berada di tempat masing-masing.

“Pejabat kerajaan, swasta dan tempat kerja di kawasan terjejas termasuk sektor perindustrian, perladangan, tapak pembinaan dan kuari perlu ditutup kecuali perkhidmatan penting,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat JPBNS di sini, hari ini.

Tambahnya, antara perkhidmatan penting yang akan terus beroperasi termasuk pasar raya, stesen minyak, bank serta perkhidmatan keselamatan dan agensi kerajaan tertentu seperti polis dan tentera.

Katanya, senarai lengkap kawasan yang terjejas serta perkhidmatan penting yang dikecualikan akan diumumkan selepas keputusan dan arahan lanjut daripada Kerajaan Persekutuan.

“Langkah itu diambil susulan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di Serian melebihi 500, iaitu tahap tertinggi mengikut Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.

“Keadaan ini mencetuskan kecemasan pada tahap tertinggi dan kerajaan perlu mengisytiharkan darurat di kawasan berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Uggah mengingatkan penduduk di Serian supaya mematuhi arahan darurat dan mengambil langkah melindungi kesihatan, termasuk memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah.

JPBNS turut menyelaras langkah kesihatan awam dan keselamatan bersama agensi berkaitan, memantau titik panas serta sumber berpotensi jerebu dan berhubung dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Meteorologi Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) berkaitan Operasi Pembenihan Awan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU