ARTIKEL

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) melancarkan Platform Infrastruktur Kecerdasan Buatan (AI) Berdaulat Sarawak sambil disaksikan hadirin yang lain. Foto Ramidi Subari

Data Bersepadu Asas Perancangan Bandar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Data bersepadu akan menjadi asas kepada perancangan bandar pintar, termasuk penempatan kawasan perumahan dengan kawasan perniagaan serta utiliti dan infrastruktur.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, integrasi data itu membolehkan pihak berkuasa merancang pengurusan bandar dengan lebih berkesan, membabitkan maklumat tanah, ukur serta maklumat berkaitan pembangunan secara menyeluruh.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Pelancaran Platform Infrastruktur Kecerdasan Buatan (AI) Berdaulat Sarawak. Foto Ramidi Subari

Katanya, data tersebut membantu menentukan penempatan kawasan perumahan serta hubungannya dengan Daerah Perniagaan Utama (CBD), keperluan utiliti awam dan perancangan infrastruktur serta strategi pengurusan bandar oleh Datuk Bandar dan pihak berkuasa tempatan menggunakan data tanah dan ukur yang bersepadu.

“Sebagai contoh, kategori yang ditetapkan oleh Jabatan Tanah dan Survei membahagikan kawasan kepada Daerah Perniagaan Utama (CBD), daerah luar dan kawasan luar bandar, yang menjadi asas dalam menentukan pengiraan kadar taksiran tempatan.

“Sekiranya rakyat ingin mengetahui mengapa terdapat perbezaan kadar taksiran, mereka boleh mengakses platform tersebut untuk memahami dengan lebih jelas dasar penilaian kerajaan yang menjadi asas kepada penetapan kadar berkenaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Platform Infrastruktur Kecerdasan Buatan (AI) Berdaulat Sarawak di sebuah hotel di sini hari ini.

Abang Johari ketika ditemu bual selepas majlis berkata, platform berkenaan turut mengintegrasikan data berkaitan kawasan perumahan, daerah, pusat perniagaan serta jaringan pengangkutan awam bagi menyokong perancangan bandar secara lebih menyeluruh.

Menurutnya, penggunaan satu platform data bersepadu membolehkan kerajaan menggunakan maklumat yang dikumpulkan bagi mempercepatkan perancangan projek serta mencari penyelesaian terhadap keperluan pembangunan.

“Semua data mengenai tempat perumahan, daerah, pusat perniagaan dan bagaimana perhubungan dalam bandar, jaringan termasuk pengangkutan awam, dibangunkan melalui satu data yang didapati daripada platform data berdaulat ini.

“Jadi kita dapat membangunkan projek dengan lebih cepat dan mempercepatkan usaha mencari penyelesaian berdasarkan data yang kita kumpul dalam satu platform,” katanya.

Beliau berkata, akses kepada data berkenaan turut boleh dimanfaatkan pelabur luar yang ingin meneroka peluang pembangunan di Sarawak.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU