ARTIKEL

Snowdan berucap dalam Program Randau Ruai di Rumah Panjang Tr Peter Gimang, Kampung Rapak Penyau, semalam. | GAMBAR: UKAS

Dataran Pantu mercu baharu pembangunan sosial

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Dua projek berimpak tinggi bernilai lebih RM240 juta bakal dilaksanakan di Pantu dan Balai Ringin untuk meningkatkan taraf hidup dan akses kemudahan asas penduduk luar bandar.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan berkata, projek pembinaan Loji Rawatan Air Baharu di Pantu bernilai RM110 juta dibiayai oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Snowdan mengambil gambar bersama tetamu kehormat dalam Program Randau Ruai di Rumah Panjang Tr Peter Gimang, Kampung Rapak Penyau, semalam. | GAMBAR: UKAS

“Satu lagi projek sedang dilaksanakan di bawah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) iaitu projek penyaluran air bersih dari Slabi, Serian ke Balai Ringin yang bernilai RM130 juta, sekali gus memperkukuh jaringan bekalan air luar bandar di kawasan tersebut.

“Projek ini kini dalam proses tender dan dijangka dimulakan tahun hadapan.

“Ia akan merangkumi sambungan paip air bersih dari Kampung Jaong hingga ke Kampung Empelanjau yang bakal memberi manfaat kepada ratusan isi rumah di kawasan terlibat,” katanya ketika berucap dalam Program Randau Ruai di Rumah Panjang Tr Peter Gimang, Kampung Rapak Penyau, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin turut memberitahu bahawa di Pantu, pembangunan Dataran Pantu dengan kos RM2.2 juta kini dalam fasa pembinaan, yang dijangka menjadi mercu baharu bagi kegiatan sosial dan ekonomi komuniti setempat.

Dalam aspek pembangunan komuniti pula, Snowdan turut menggalakkan pelibatan aktif golongan wanita dalam aktiviti seni dan budaya seperti kraftangan dan tarian tradisional.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan sumbangan RM10,000 kepada JKKK Kampung Rapak Penyau dan RM5,000 kepada Biro Wanita kampung sebagai dorongan untuk memperkasa peranan wanita dalam menjana ekonomi dan memelihara warisan budaya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU