Datuk durjana rogol cucu

LUNDU: Datuk durjana, 71, sanggup merogol cucunya yang merupakan kanak-kanak berusia 10 tahun tiga bulan di Kampung Tanah Hitam, Sematan di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Lundu, Inspektor Kumbat Tan berkata, kejadian berlaku bermula Januari tahun ini sehingga kali terakhir pada September lalu.

“Perbuatan datuk durjana itu terbongkar apabila mangsa menceritakan detik hitam terbabit kepada gurunya pada 15 Oktober lalu.

“Pihak sekolah kemudiannya memaklumkan kepada ibu mangsa yang juga anak suspek,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Suara Sarawak