NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

DATUK SITI saran amal PEMAKANAN SIHAT

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

PENYANYI tersohor negara, Datuk Siti Norhaliza mendedahkan matlamatnya mengamalkan pemakanan gaya hidup sihat sepanjang Ramadan tahun ini.

Siti yang juga isteri kepada ahli perniagaan terkenal Datuk K atau nama sebenarnya Datuk Khalid Mohamad Jiwa mencuba menu makanan sihat sebagai juadah sahur dan berbuka.

Dia berhasrat mengekalkan pemakanan sihat, namun kadangkala tidak dapat menahan diri menikmati kuihmuih yang mengiurkan.

“Saya mahu dapatkan saiz lebih ideal untuk badan saya. Insya-Allah, doakan semoga cita-cita saya tercapai,” katanya memetik media tempatan.

Mengulas lanjut, Siti berkongsi rutin harian mengadakan tadarus bersamasama keluarga tercinta.

“Macam biasa Ramadan saya bertadarus bersama-sama ibu dan adik-beradik ipar saya.

“Kami bertadarus di rumah sehinggalah khatam beramairamai dan raya nanti persiapan lebih kepada anak-anak,” katanya.

Siti dan Datuk K mendirikan rumah tangga pada 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata, Siti Aafi yah dan Muhammad Afwa.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Sedia kahwin lagi

PELAKON Tom Cruise masih berharap dapat mempunyai pasangan hidup walaupun

E-Paper

10 JUN 2023

Berita Terbaru