KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) kesal tindakan laku musnah terhadap tiang penghadang pada laluan pintas merentasi median Jalan Sultan Tengah ke Samariang Square.
Menurut DBKU, tiang penghadang tersebut telah dipasang pada 2 Disember lalu ekoran beberapa kejadian kemalangan jalan raya di kawasan tersebut.
“Pihak DBKU mengharapkan agar tindakan seperti itu dihentikan supaya tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan yang lain,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Katanya, sekiranya warga bandar raya mempunyai maklumat berhubung perbuatan laku musnah itu diminta untuk tampil menyalurkan maklumat kepada DBKU.

