ARTIKEL

DBKU, MBKS kerjasama pelihara bangunan warisan di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dalam usaha memastikan semua bangunan warisan budaya dijaga rapi demi generasi seterusnya.


Datuk Bandar Kuching Utara Datuk Hilmy Othman berkata, insiden dinding hadapan tingkat dua bangunan yang runtuh di Jalan Padungan baru-baru ini memberi kesan kepada komuniti setempat memandangkan bangunan tersebut merupakan sebahagian daripada warisan lama Kuching.


“Kejadian ini menjadi peringatan serius akan pentingnya langkah proaktif dalam melindungi bukan sahaja warisan budaya kita, tetapi juga keselamatan dan kesejahteraan rakyat.


“Bandar kita menempatkan banyak khazanah budaya, termasuk deretan rumah kedai bersejarah di Jalan Gambier dan Jalan Carpenter, Kuching Waterfront yang ikonik, Pejabat Pos Besar dan Brooke Dockyard. Tapak-tapak ini bukan sekadar struktur fizikal, tetapi simbol hidup kepada identiti, sejarah dan kebanggaan komuniti kita,” katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, DBKU akan bekerjasama dengan MBKS, agensi berkaitan serta pihak berkuasa pemeliharaan warisan dalam memastikan bandar raya Kuching kekal sebagai tempat tinggal yang selamat dan kondusif, sambil memelihara nilai budaya di bandar ini.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU