ARTIKEL

FOTO: FB DBKU

DBKU perkukuh keselamatan kerja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERAMAI 12 kakitangan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengikuti Kursus Working at Height (WAH) bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan keselamatan ketika menjalankan tugas di tempat tinggi.

Kursus yang berlangsung di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Kuching itu melibatkan kakitangan Bahagian Landskap serta Bahagian Mekanikal dan Elektrikal DBKU.

Program berkenaan sebahagian daripada Pelan Perancangan Latihan Tahunan 2026 DBKU yang memberi penekanan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Antara pengisian kursus termasuk pengurusan risiko, penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE), teknik ikatan dan simpulan, penggunaan abah-abah keselamatan (harness) serta simulasi menyelamat struktur.

Pendedahan itu bertujuan memastikan kakitangan mempunyai pengetahuan dan kemahiran bersesuaian bagi mengenalikan kerja di tempat tinggi dengan lebih selamat.

Kemahiran yang diperoleh diharap dapat diaplikasikan dalam pelaksanaan tugas harian bagi mengurangkan risiko kemalangan serta memperkukuh budaya kerja selamat dalam kalangan warga DBKU.

BERITA LAIN

Perkasa kemahiran gubahan bunga

SERAMAI 37 kakitangan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengikuti Kursus Hiasan dan Gubahan Bunga bagi meningkatkan kemahiran serta kompetensi dalam menghasilkan hiasan bunga yang kreatif

Persekitaran berniaga lebih teratur

Penduduk Kampung Pasir Panjang kini boleh menikmati kemudahan pusat penjaja yang lebih tersusun serta perpustakaan komuniti menerusi pembangunan Pusat Penjaja dan Perpustakaan KomunitiKU di kawasan

BERITA TERBARU