SERAMAI 37 kakitangan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengikuti Kursus Hiasan dan Gubahan Bunga bagi meningkatkan kemahiran serta kompetensi dalam menghasilkan hiasan bunga yang kreatif dan berkualiti.
Kursus yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) itu melibatkan kakitangan Unit Penyelenggaraan, Unit Hiasan dan Unit Tapak Semaian, Bahagian Landskap DBKU.
Program berkenaan sebahagian daripada Pelan Perancangan Latihan Tahunan 2026 DBKU bagi memperkukuh kemahiran kakitangan dalam bidang hiasan dan gubahan bunga.
Perkongsian ilmu sepanjang kursus disampaikan oleh dua pegawai dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), iaitu Sulaiman Mahmood dan Sabri Sidan.
Pendedahan itu diharap dapat membantu kakitangan mengaplikasikan kemahiran yang diperoleh dalam pelaksanaan tugas harian, sekali gus meningkatkan mutu kerja dan kualiti perkhidmatan Bahagian Landskap DBKU.



