ARTIKEL

Datuk Hilmy Othman

Persekitaran berniaga lebih teratur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Penduduk Kampung Pasir Panjang kini boleh menikmati kemudahan pusat penjaja yang lebih tersusun serta perpustakaan komuniti menerusi pembangunan Pusat Penjaja dan Perpustakaan KomunitiKU di kawasan berkenaan.

Kemudahan itu dirasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, di Pantai Pasir Panjang, Kuching, 10 November lalu.

Majlis itu turut dihadiri Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Hilmy Othman dan Pengarah DBKU, Ramzi Abdillah.

Pembangunan Pusat Penjaja Kampung Pasir Panjang menyediakan 15 gerai bagi memberikan persekitaran perniagaan yang lebih teratur, selesa dan kondusif kepada penjaja serta peniaga kecil.

Kemudahan itu juga diharap dapat membantu meningkatkan peluang ekonomi penduduk setempat, khususnya mereka yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan.

Sementara itu, Perpustakaan KomunitiKU yang mula beroperasi pada 14 September lalu menyediakan ruang pembelajaran serta akses kepada bahan bacaan dan ilmu pengetahuan untuk masyarakat setempat.

Kemudahan berkenaan turut memberi tumpuan kepada kanak-kanak dan golongan belia bagi menggalakkan budaya membaca serta menyokong pembangunan ilmu dalam kalangan masyarakat.

Penyediaan kedua-dua kemudahan itu sebahagian daripada usaha Kerajaan Sarawak dan DBKU memperkasakan komuniti setempat menerusi pembangunan ekonomi, pendidikan dan kesejahteraan sosial.

BERITA LAIN

Perkasa kemahiran gubahan bunga

SERAMAI 37 kakitangan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengikuti Kursus Hiasan dan Gubahan Bunga bagi meningkatkan kemahiran serta kompetensi dalam menghasilkan hiasan bunga yang kreatif

Ancaman siber luar jangka

SERANGAN siber kini bukan lagi sekadar ancaman ke atas sistem komputer, data peribadi atau institusi kewangan, sebaliknya mampu melumpuhkan operasi harian yang selama ini dianggap

BERITA TERBARU

Perkasa kemahiran gubahan bunga

SERAMAI 37 kakitangan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengikuti Kursus Hiasan dan Gubahan Bunga bagi meningkatkan kemahiran serta kompetensi dalam menghasilkan hiasan bunga yang kreatif

Uggah ngesah raban tasah angus

SPAOH: Betatika nasip 28 ruang bilik ke tasah angus ba Rumah Panjai Matop, Paku, Spaoh ngasuh Sapit Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ke