ARTIKEL

DBKU prihatin mangsa banjir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DATUK Bandar Kuching Utara, Datuk Hilmy Othman turun padang menzahirkan keprihatinan dengan melawat Pusat Penempatan Sementara (PPS) Surau Ar Rahman, Kampung Sungai Batu yang kini menempatkan 65 mangsa banjir daripada 15 keluarga.

Dalam lawatan berkenaan, beliau mendengar taklimat daripada pihak keselamatan serta menyantuni mangsa banjir untuk memahami permasalahan yang dihadapi, di samping meneliti langkah dan solusi segera  terhadap musibah yang menimpa penduduk kampung.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Kuching, Zaidi Sharkawi.

Seramai 18 petugas terdiri daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sarawak, RELA Negeri Sarawak serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Batu ditugaskan bagi memastikan aspek keselamatan, kesihatan dan keperluan asas mangsa banjir sentiasa terpelihara.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Pengarah Jabatan PerkhidmatanPerkhidmatan Infrastruktur DBKU, Ts. Mohamad Faisal Adenan serta Ketua Bahagian Pembangunan dan Perkhidmatan Komuniti DBKU, Ramli Omar Baki. Sebagai tanda keprihatinan, Hilmy turut menyampaikan sumbangan barangan makanan asas melalui inisiatif DBKU CARES kepada mangsa banjir.

DBKU akan terus komited memastikan kebajikan dan kesejahteraan warga bandar sentiasa menjadi keutamaan, khususnya ketika berdepan situasi kecemasan.

BERITA LAIN

Larian pesisir pacu ekonomi setempat

PROGRAM Larian Pesisir (Coastal) Sadong Jaya 2026 yang diadakan baru-baru ini dilihat mempunyai keistimewaan tersendiri. Program itu bukan sahaja menjadi aktiviti riadah yang menggalakkan amalan

Sarawak menanti kehadiran MPL

SEDEKAD bukan tempoh yang singkat, apatah lagi bagi sebuah permainan mudah alih yang berjaya bertahan, berkembang dan membina komuniti peminat merentas generasi. Bagi saya, Mobile

BERITA TERBARU