ARTIKEL

Abdul Rahman merakam kenangan bersama-sama barisan peserta dan Delegasi Majlis Tilawah Al-Quran Bandaraya Se-Borneo di Ibu Pejabat DBKU di Kuching, hari ini.

DBKU rancang perluas jaringan bandar raya kembar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) merancang memperluas jaringan bandar raya kembar dengan beberapa kota di lima wilayah Kalimantan, Indonesia sebagai langkah memperkukuh kerjasama rentas sempadan di Kepulauan Borneo.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, perbincangan akan diteruskan dengan pengurusan DBKU bagi mengenal pasti bentuk kerjasama serta kota yang berpotensi menjalinkan hubungan itu.

Menurutnya, DBKU sudah mempunyai hubungan kerjasama dengan Kota Pontianak, manakala potensi seterusnya boleh diperluas ke bandar lain termasuk Palangka Raya, Tanjung Selor, Samarinda dan Banjarmasin.

“Kita akan meneruskan perbincangan untuk jalinan bandar raya kembar di antara kota-kota di Kalimantan pada masa akan datang.

Abdul Rahman selepas menerima kunjungan Delegasi Majlis Tilawah Al-Quran Bandaraya Se-Borneo di Ibu Pejabat DBKU di Kuching, hari ini.

“Saya akan berbincang dengan Datuk Bandar, pengarah dan pengurusan DBKU untuk menghantar pegawai kita ke kota-kota di lima wilayah Kalimantan,” katanya selepas menerima kunjungan Delegasi Majlis Tilawah Al-Quran Bandaraya Se-Borneo di Ibu Pejabat DBKU, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut ujarnya, hubungan antara Sarawak dengan wilayah di Kalimantan sebenarnya telah lama dibina menerusi pelbagai program termasuk kerjasama Majlis Islam Sarawak serta penganjuran Kongres Antarabangsa Islam Borneo (KAIB) bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak.

Katanya, program berkenaan pernah dianjurkan di Kuching, Kota Kinabalu, Bandar Seri Begawan serta beberapa kota di Kalimantan, sekali gus menyediakan asas bagi memperluas kerjasama daripada peringkat institusi kepada hubungan antara bandar raya.

“Dengan adanya aktiviti sebegini, kita memang sudah mempunyai jaringan kerjasama. Sekarang melalui majlis tilawah ini, kita mahu menggabungkannya pula dengan bandar raya.

“Malah, hubungan antara DBKU dengan Pontianak sebelum ini turut merangkumi kerjasama dalam bidang sosial, ekonomi dan kebudayaan, selain pertukaran lawatan antara kedua-dua bandar,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata Majlis Tilawah Al-Quran Bandaraya Se-Borneo turut membuka ruang baharu kepada hubungan antara bandar raya di Borneo menerusi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan kemasyarakatan.

Menurutnya, penganjuran pada tahun ini merupakan yang pertama menggunakan pendekatan antara bandar raya, selepas Tilawah Se-Borneo pernah dianjurkan di Pontianak pada 2023.

Majlis yang berlangsung dari 26 hingga 29 Oktober itu menghimpunkan 32 peserta dari Sarawak, Sabah, Brunei Darussalam dan lima wilayah Kalimantan bagi pertandingan tilawah serta hafazan al-Quran.

Abdul Rahman berkata, kesinambungan penganjuran itu dijangka diteruskan pada 2028 apabila bandar raya atau kota lain di Borneo mengambil giliran sebagai tuan rumah, sekali gus memperkukuh jaringan kerjasama yang telah dibina.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih