ARTIKEL

Abang Johari (enam kanan) menyampaikan sumbangan kepada penerima dalam majlis berbuka puasa di DUN, malam tadi. | Foto: UKAS

DBKU sampaikan sumbangan Ramadan kepada anak yatim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 20 anak yatim Pusat Kebajikan Datuk Amar Hajjah Jumaani dalam majlis berbuka puasa di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, malam tadi.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai tanda sokongan kepada golongan kurang bernasib baik.

Menurut DBKU, majlis ini bertujuan mengeratkan hubungan antara kepimpinan negeri, kakitangan DBKU dengan masyarakat setempat sambil menghayati semangat Ramadan.

“Seramai 300 kakitangan DBKU menghadiri majlis ini, yang turut menyemarakkan suasana dan berkongsi rezeki dalam majlis berbuka puasa.

“Kehadiran Premier mencerminkan komitmen kerajaan Sarawak dalam menghargai peranan penjawat awam serta memperkukuh solidariti dalam pentadbiran negeri,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

DBKU turut berharap agar majlis seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai platform untuk merapatkan hubungan dan meningkatkan kerjasama dalam kalangan kakitangannya.

Dalam majlis berkenaan, Abang Johari bersama dif kehormat dan kakitangan DBKU turut berkesempatan menunaikan solat maghrib, isyak dan solat sunat tarawih.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU