ARTIKEL

Poster program Ekspresi Muzik Bahasa Jiwa Bangsa sempena Sambutan Ulang Tahun DBP Ke-70 Peringkat Kebangsaan.

DBP anjur program ekspresi muzik bahasa jiwa bangsa sempena ulang tahun ke-70

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Promosi dan Pengiktirafan bakal menganjurkan program Ekspresi Muzik Bahasa Jiwa Bangsa pada 22 Jun ini di Hotel Pullman Kuching.

Program berkenaan diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun DBP Ke-70 Peringkat Kebangsaan.

Menurut kenyataan DBP, program itu bertujuan untuk menyemarakkan penggunaan bahasa Melayu menerusi medium muzik dan persembahan kreatif.

Pertandingan tersebut menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM9,800 dengan juara bakal membawa pulang RM3,000, manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima RM2,000 dan RM1,000.

Selain itu, tujuh kumpulan sagu hati akan menerima RM500 setiap satu dan pemenang anugerah Persembahan Terbaik bakal membawa pulang RM300.

DBP Cawangan Sarawak memaklumkan orang ramai yang berminat menyertai program berkenaan boleh mendapatkan syarat penyertaan dengan mengimbas kod respons pantas (QR) pada poster rasmi atau mengisi borang pendaftaran menerusi pautan dalam talian.

Program itu merupakan antara pengisian utama sambutan ulang tahun DBP ke-70 bagi memperkukuh semangat Bahasa Jiwa Bangsa dalam kalangan masyarakat menerusi seni dan budaya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU