ARTIKEL

Penjawat awam yang menyertai kursus ceramah bahasa bertajuk “Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul” anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak, hari ini.

DBP Sarawak Anjur Kursus Bahasa Untuk Penjawat Awam Belaga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BELAGA: Seramai 36 penjawat awam peringkat persekutuan dan negeri di Belaga menyertai kursus ceramah bahasa bertajuk “Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul” anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak, hari ini.

Program yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Belaga itu menampilkan Penolong Perancang Bahasa DBP Sarawak, Mohamad Faizal Jamil sebagai penceramah.

Beliau antara lain memberi pendedahan mengenai penulisan surat rasmi, pembetulan ejaan bahasa, penggunaan aplikasi MyKamus Pro serta panduan cara sapaan, panggilan dan penggunaan bahasa yang tepat dalam urusan rasmi.

Menurut DBP, penganjuran program seumpama itu sejajar dengan matlamat meningkatkan kesedaran mengenai peranan dan fungsi dominan bahasa kebangsaan sebagai elemen penting dalam pembentukan bangsa Malaysia yang cemerlang dan bersatu padu.

Kursus berkenaan merupakan sebahagian daripada siri Jerayawara Bahasa dan Sastera Jejak MADANI yang dilaksanakan bagi membolehkan DBP mendekati masyarakat berbilang etnik di seluruh Sarawak.

BERITA LAIN

HIKMAH perkukuh gerak kerja dakwah

KUCHING: Harakah Islamiah (HIKMAH) akan terus memperkukuh keupayaan organisasi itu dalam melaksanakan gerak kerja dakwah dan pelbagai program pembangunan masyarakat Islam secara lebih sistematik serta

BERITA TERBARU

HIKMAH perkukuh gerak kerja dakwah

KUCHING: Harakah Islamiah (HIKMAH) akan terus memperkukuh keupayaan organisasi itu dalam melaksanakan gerak kerja dakwah dan pelbagai program pembangunan masyarakat Islam secara lebih sistematik serta