ARTIKEL

Peserta yang bakal berentap dalam Debat Piala Premier Sarawak 2026.

Debat Piala Premier Sarawak 2026 tampilkan 74 peserta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 74 peserta kini menjalani persiapan intensif menerusi bengkel debat sebagai langkah terakhir memperkemas kemahiran dan strategi sebelum berentap dalam Cabaran Debat Piala Premier Sarawak 2026 bermula 17 Ogos ini.

Bengkel memasuki hari kedua hari ini dan dikendalikan Dr. Alvin Lim Teik Zhang serta Dr. Keeren Sundara Rajoo daripada Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM), yang juga Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia (UPM) Sarawak.

Sepanjang sesi latihan, peserta didedahkan dengan pelbagai aspek perdebatan kompetitif termasuk kaedah meneliti usul, membina hujah, menyangkal pendirian pihak lawan, penggunaan ruang mencelah dan lain-lain lagi.

Latihan secara amali turut dilaksanakan bagi menguji keupayaan peserta mengenal pasti isu utama, menetapkan perkara yang perlu dibuktikan, menyusun hujah secara tersusun dan memberikan respons terhadap pendirian lawan dalam tempoh yang ditetapkan.

Dr. Alvin berkata, pertandingan tersebut perlu dilihat sebagai wadah pembentukan sahsiah dan kemah
iran insaniah, bukannya sekadar medan menentukan pasukan yang muncul sebagai juara.
“Penglibatan dalam pertandingan debat mampu membantu peserta memperkukuh keyakinan, pemikiran kritis, ketahanan diri, semangat berpasukan dan keupayaan menghormati pandangan yang berbeza,” katanya.

Dr. Keeren pula menyifatkan kesediaan peserta tampil menyertai pertandingan sebagai satu pencapaian penting, selain berharap latihan yang diberikan dapat meningkatkan keyakinan serta memperkukuh keupayaan mereka menghadapi persaingan sebenar.

Bengkel itu dirasmikan Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak, Profesor Dr. Firdaus Abdullah.

Cabaran Debat Piala Premier Sarawak 2026 anjuran Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM Sarawak) dengan kerjasama UiTM Cawangan Sarawak, bertemakan Mendepani Minda, Memajukan Sarawak dan akan berlangsung mulai 17 Ogos, sebelum kemuncaknya menerusi pusingan akhir pada 18 Ogos di Dewan Jubli, UiTM Cawangan Sarawak, bermula 7 malam serta dibuka kepada orang ramai.

Pertandingan sulung itu turut mendapat penglibatan MADUM sebagai usaha memperkukuh standard perbahasan serta membina budaya wacana intelektual dalam kalangan generasi muda Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU