ARTIKEL

Decago cadang kumpul US$20 juta untuk biayai syarikat pemula Malaysia menjelang April 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Decago Sdn Bhd menyasar untuk mengumpul sejumlah US$20 juta menjelang April 2024 melalui BEYOND4 FUND1.

BEYOND4 FUND1 ini diuruskan oleh anak syarikat milik penuhnya True Vine Capital Partners Pte Ltd yang menawarkan peluang kepada pelabur untuk mengambil pegangan ekuiti dalam syarikat pemula terpilih yang telah mengambil bahagian dan menamatkan pengajian Accelerator Programme BEYOND4.

Ketua Pegawai Eksekutif Decago ST Rubaneswaran berkata syarikat pegangan yang menguruskan dana yang berpangkalan di Singapura itu berhasrat untuk membiayai sehingga 30 syarikat pemula di Malaysia sebaik sahaja dana itu siap terkumpul tahun depan.

“Sebaik sahaja dana telah dikumpul, kami akan menyediakan perkhidmatan bersama untuk mereka selama 36 bulan dan dalam tempoh itu, kami akan memastikan mereka mencapai tahap yang menguntungkan dalam perniagaan masing-masing,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Menurutnya, kebanyakan pengasas dan syarikat pemula dengan produk atau perkhidmatan di Malaysia dilihat sama ada tidak bersedia untuk memasarkan produk atau tidak dilengkapi dengan infrastruktur yang berkaitan untuk menjual produk tersebut.

“Kami mahu membantu mereka memberi tumpuan kepada bahagian produk dan menjadikan perkhidmatan lebih baik kerana ramai yang kekurangan kemahiran keusahawanan, cara untuk menstrukturkan perniagaan, pelan hala tuju, membuat peruntukan, pemasaran dan operasi perniagaan mereka,” katanya.

Untuk mendapatkan dana berkenaan, Rubaneswaran berkata perniagaan perlu melalui dan disahkan sama ada oleh pemecut (accelerator) dan ekosistem atau program berfokuskan produk.

“Kami juga melakukan perancangan kewangan untuk mereka dan kemudian memasukkan mereka ke dalam proses pembiayaan.

Dana itu adalah melalui rakan kongsi pendanaan ramai berasaskan ekuiti (ECF) kami, yang mengumpul wang untuk syarikat pemula,” katanya.

Beliau juga berkata kebanyakan syarikat pemula di Malaysia sedang bergelut untuk mencari syarikat-syarikat yang terbaik untuk melabur dan Decago memainkan peranan dalam mengenal pasti syarikat pemula yang sesuai untuk menyertai program itu dan memadankan mereka dengan dana yang ada.

“Tambahan pula, banyak syarikat pemula hanya boleh bertahan selepas meningkatkan pulangan pertama mereka dalam perniagaan dan gagal bertahan selepas itu.

BEYOND4 berharap dapat mengurangkan kadar kegagalan supaya lebih banyak pekerjaan dapat diwujudkan dan memberikan pendapatan yang lebih baik kepada negara,” katanya .

Beliau berkata syarikat itu sedang meninjau untuk melabur sekurang-kurangnya US$500,000 dan maksimum US$1 juta untuk pemula dalam pelbagai bidang.

Sehingga kini, sejak dilancarkan pada bulan Jun, Decago telah mengumpulkan RM3.2 juta untuk BEYOND4 FUND1. – BERNAMA

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu