ARTIKEL

Dedah ilmu pendigitalan perniagaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Program Karnival Usahawan Desa (Mini KUD) @ Kota Samarahan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bertujuan memberi pendedahan kepada usahawan sedia ada mengenai ilmu pendigitalan dalam perniagaan bagi mengembangkan lagi produk dan jualan mereka.

Timbalan menterinya, Datuk Rubiah Wang berkata, usahawan di seluruh negara memerlukan ilmu untuk mengembangkan perniagaan dan meningkatkan hasil jualan.

“Untuk rekod, kita mempunyai 67,000 usahawan di Malaysia, tetapi 80 peratus daripada mereka di bawah kategori PICO yang menjana pendapatan di bawah RM60,000 setahun.

“Justeru, kementerian mempunyai banyak program untuk meningkatkan prestasi usahawan serta taraf ekonomi mereka termasuk KUD yang menjadi salah satu strategi kita,” katanya selepas menyempurnakan Program Santai Media di Cafe-Cafe, The Original Carwash, di sini, semalam.

Rubiah menambah, program yang bermula dari 1 hingga 4 Februari ini menyasarkan sekitar 100 usahawan dengan transaksi jualan RM300,000.

“Acara itu akan dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Salah satu daripadanya ialah Poco-Poco Marathon yang menjangkakan kira-kira 3,000 penyertaan dan kami mahu mencipta rekod baharu untuk Malaysia Book of Records,” katanya.

Dianjurkan di Dataran Samarahan, acara ini akan menampilkan kerjasama lima agensi KKDW – Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah Sarawak (RISDA), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Berhad , dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

Lebih daripada 100 usahawan luar bandar, merangkumi penjual makanan, peniaga kecil-kecilan dan tukang tempatan, akan mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan.

Zahid Hamidi, dijadual merasmikan majlis itu pada 2 Februari jam 3 petang, diiringi Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Rubiah.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha