ARTIKEL

Dedah kaedah santuni pesakit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAHAGIAN Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Seksyen Pembangunan Sahsiah, Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) dan Pusat Islam IKMAS berjaya menganjurkan Kursus Profesional Kesihatan dan Spiritual Sukarelawan Rakan Masjid Hospital (RAMAH) selama tiga hari.

Program ini merupakan kesinambungan Program TOT RAMAH dan Fiqh Ibadah yang dilaksanakan pada Oktober 2024.

Objektif program ini adalah untuk memberikan pendedahan profesional kepada pelajar IKMAS berkenaan kaedah menyantuni pesakit serta keluarga pesakit di hospital melalui pendekatan dakwah dan bimbingan spiritual.

Pendekatan ini bukan sahaja menambah ilmu praktikal dalam bidang dakwah, malah mampu menyuntik nilai empati dan ihsan dalam diri pelajar sebagai pelapis pendakwah profesional negara.

Program ini juga memfokuskan kepada pencerahan konsep spiritual care dalam bidang perubatan dan dakwah kesihatan.

Pelajar turut menjalani latihan praktikal dan ziarah ke wad-wad tertentu di Hospital Umum Sarawak, apabila mereka dapat mengamalkan adab ziarah pesakit dan kaedah berkomunikasi bersama waris serta pesakit dengan betul.

Penceramah bagi program ini ialah Ketua Unit Spiritualiti dan Kesihatan, Hospital Sungai Buloh, Dr. Ahmad Fahmi Md. Sahray dan Ketua Unit Spiritualiti dan Hal Ehwal Islam, Hospital Selayang, Dr. Mohd Hamdi Razali.

Seramai 43 pelajar IKMAS berjaya menamatkan kursus ini dan secara rasmi diisytiharkan sebagai Sukarelawan Rakan Masjid Hospital (RAMAH).

Semoga melalui Kursus Profesional Kesihatan dan Spiritual RAMAH ini, pelajar IKMAS mendapat pengalaman dakwah yang bermakna dan program ini dapat diteruskan serta diperkasakan lagi pada masa akan datang.

BERITA LAIN

Rumah Oren sukar ditandingi

HEBAT dan sukar ditandingi. Demikian gambaran keunggulan kontinjen Rumah Oren apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan (SK) Tambay 2026, baru-baru ini.

BERITA TERBARU